Penyegaran Teknik Mempertahankan Diri PERSIAP PULAPEN Perak
- Written by Admin
Taiping - 9 Mac 2012, Ahli PERSIAP PULAPEN telah di jemput untuk menghadiri Majlis Penutupan Kursus Kawalan dan Pencegahan serta Kursus Penyegaran SENTAP siri 1/2012 yang telah di adakan di Padang Kawat PULAPEN Perak. Turut hadir adalah Pn. Hasliza Binti Mayan Pengerusi PERSIAP PULAPEN.
Disamping menyaksikan persembahan tersebut, ahli PERSIAP juga dapat mengingat kembali beberapa teknik mempertahankan diri yang pernah di pelajari sebelum ini yang di anjurkan oleh Biro Sukan. Salah satu teknik yang pernah di pelajari adalah Teknik cepat dan pantas wanita – Modul Cabul dan Ragut. Modul ini di selitkan di dalam simulasi ketangkasan yang di tunjukkan oleh 2 peserta kursus wanita.