Pautan

Jabatan Penjara Malaysia Maktab Penjara Malaysia Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Institut Koreksional Malaysia Melaka  Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia

Pelawat

0002627425
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
0
8467
1270
29416
2627425

Forecast Today
576

9.65%
18.54%
0.85%
2.56%
0.10%
68.31%
Online (10 minutes ago):7
7 guests
no members

Your IP:127.0.0.1

Sejarah PULAPEN

Pusat Latihan

  • Written by Admin

Tarikh 15 Julai 1960 merupakan tarikh paling bersejarah bagi institusi ini apabila dikunjungi oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada tahun 1980, institusi ini dinaik taraf berdasarkan kepada fungsi dan peranan yang dimainkan lebih meluas serta ditukar namanya kepada Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia atau lebih dikenali sebagai PULAPEN. Pada 13 Mac 1983, PULAPEN dengan rasminya telah dirasmikan oleh Y. B. En. Mohd Kasim bin Ahmed, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Sekolah Latihan

  • Written by Admin

PULAPEN dibina pada awal tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris.PULAPEN pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Latihan Pegawai Penjara PULAPEN terus memainkan peranan terhadap latihan anggotanya. Dari masa ke semasa, ianya melahirkan ramai pegawai yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota pangkat rendah

Peradaban Masa

Sekolah Latihan Pegawai Penjara

Dalam tahun 1952 di Taiping, dalam kawasan tanah seluas 22 ekar, satu sekolah latihan untuk pegawai wadar telah ditubukan dan berjaya menghasilkan pegawai wadar yang berkualiti. Pada tahun 24 Julai 1952, Majlis Tamat Latihan pertama telah dilaksanakan. Dengan sekolah latihan pertama ini, ia berjaya mencetus dan melahirkan kursus bagi Wadar Kanan Penjara (1961), Kursus Asas Bagi Pegawai Wanita (1980) dan kemudiannya sekolah ini dinaiktaraf dan dinamakan sebagai Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN).

Sejarah Jabatan Penjara

  • Written by Admin

Pendahuluan 

Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden. Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu kumpulan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Kumpulan kedua ini tidak datang secara rela, malah mereka dipaksa masuk dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka. Banduan/ tahanan/penghuni harus hidup mengikut peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masa kini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbaga aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan. Masyarakat harus menyedari bahawa falsafah kepenjaraan itu merupakan satu ukuran ketamadunan bagi kehidupan sesebuah masyarakat sesebuah negara. Jabatan Penjara Malaysia adalah institusi terakhir dalam perlaksanaan "Criminal Justice System", dan bertanggungjawab kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Jabatan Penjara Malaysia berkhidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang dihukum oleh mahkamah. Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal mereka dengan penuh perasaan perikemanusiaan dan membantu mereka menjalani kehidupan yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan selepas dibebaskan.

  

Sejarah Penubuhan

 

Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya. Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah British menubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.

 

Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.

  

Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude". Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pengurusan penjara bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pada 2 November 1995 telah dikuatkuasakan Akta Penjara 1995 bagi menggantikan Akta Penjara lama. Pada 1 September 2000 pula telah dikuatkuasakan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 bagi menggantikan peraturan-peraturan terdahulu. Akta dan peraturan yang terdahulu telah lama digunakan dan wajar dibuat perubahan dan pembaharuan berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa bagi memperkemaskan jentera pengurusan dan pentadbiran institusi penjara. Dalam era pembangunan dan permodenan, Jabatan Penjara Malaysia menyedari hakikat bahawa kita tidak seharusnya alpa dengan pencapaian yang lepas dan seharusnya bergerak maju ke hadapan serta berinovasi bagi membantu melicinkan pentadbiran penjara dalam menangani budaya-budaya moden dalam kriminologi, penalogi dan kawalan sosial secara keseluruhannya.

 

 

 

 

Sejarah Pulapen

Wujudnya PULAPEN boleh disifatkan sebagai lewat berbanding dengan sejarah terbinanya penjara tertua negara ini iaitu Penjara Pulau Pinang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana berkemungkinan besar anggota ketika itu adalah petugas daripada luar negara termasuk India dan Nepal. Sementara penjajah Inggeris sendiri yang terdiri daripada pegawai kanan adalah terdiri daripada pegawai polis yang menjalani latihan di England.  Kalaupun ada di kalangan rakyat tempatan yang menjadi anggota penjara, berkemungkinan menjalani latihan di pusat-pusat latihan polis atau di institusi masing-masing.  Memandangkan pada masa sebelum merdeka jabatan penjara dan polis berada di bawah satu komisioner, maka latihan hanya dijalankan di pusat latihan polis.

PULAPEN dibina pada awal tahun 1950-an oleh penjajah Inggeris. Tidak terdapat bukti jelas mengapa Daerah Taiping atau lebih tepat Mukim Asam Kumbang dipilih sebagai lokasi pusat latihan ini. Berkemungkinan Ibu Pejabat Penjara (ketika itu di Pejabat Tanah Taiping) berdekatan dengan Penjara Taiping  yang telah wujud sejak tahun 1879. Teori juga mengatakan Taiping dipilih kerana ianya menjadi lokasi penempatan dan tumpuan penjajah Inggeris.  Sekitar Perbandaran Taiping terdapat tempat-tempat yang menarik yang mungkin mempengaruhi pembina

 Satu lagi faktor yang mungkin mendorong pembinaan pusat latihan ini ialah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan stesen keretapi yang merupakan penghubung perjalanan ke utara dan selatan. PULAPEN pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Latihan Pegawai Penjara dengan keluasan 22 ekar yang terletak lebih kurang 4.5 km daripada Bandar Taiping.  Komandan pertama PULAPEN ialah J. Wetson daripada 1 Januari 1952 hingga 31 Mac 1954. Latihan asas pertama kepada pegawai yang berpangkat wadar pada tahun 1952 dengan catatan tamat latihan ialah pada 24 Julai 1952.

Bermula dari itu,  PULAPEN terus memainkan peranan terhadap latihan anggotanya. Dari masa ke semasa, ianya melahirkan ramai pegawai yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota pangkat rendah.  Pada 24 Februari 1960, PULAPEN telah mengadakan kursus bagi “senior wadar” yang pertama. Pada 12 April 1980, telah menyelesaikan kursus anggota wanita untuk kali pertama. Seramai (69) anggota wanita yang terdiri (19) pegawai dan (50) wadar telah menyertai kursus ini.  Pada 28 Jun 1980, PULAPEN telah mengadakan Perbarisan Tamat Latihan bagi pegawai kanan penjara.  Seramai (30) pegawai rendah, (19) pegawai kanan dan dua pegawai berpangkat Timbalan Penguasa (lantikan terus) menamatkan kursus ini. Sebagai sebuah institusi latihan tertua di Malaysia, PULAPEN sering dilawati oleh pemimpin negara dan tetamu asing.  Pada 15 Julai 1960, merupakan tarikh bersejarah bagi PULAPEN di atas kunjungan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Purta Alhaj.  Di samping itu beberapa lawatan lain iaitu;

DYMM Raja Muda Perak                          01 Julai 1961
YB Ali Haji Ahmad                                     02 Julai 1973
Dato’ Syed Nahar                                      09 Mac 1977
Dato’ Sanusi Joned                                  30 April 1981
Tan Sri Ghazali Shafie                             13 September 1981
Tan Sri Haniff Omar (IGP)                       08 Mac 1982
Datuk Radzi Sheikh Ahmad                    27 Disember 1985

Pihak-pihak luar juga berminat mengadakan lawatan ke PULAPEN. Kebiasaannya terdiri daripada pentadbir institusi dan agensi tertentu. Pernah PULAPEN dilawati oleh Pengarah-Pengarah Penjara Brunei, Thailand, Singapura, Englsnd, Ireland, Solomon Island, Papua New Guine dan wakil-wakil UNAFEI. PULAPEN dibuka dengan rasminya pada 1st January 1952  oleh Sir General Gerald Templer  berpangkat PesuruhJaya Tinggi British di Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1980, institusi yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Latihan Pegawai Penjara telah bertukar kepada Pusat Latihan Pegawai Penjara atau PULAPEN. Pada 13 Mac 1983, PULAPEN dirasmikan oleh YB.  Mohd. Kassim Bin Ahmed, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Peranan memberi latihan tidaklah terbatas kepada anggota Jabatan Penjara Malaysia sahaja, malah negara Brunei juga turut menghantar pegawai rendahnya mengikuti latihan di PULAPEN.  Pada tahun-tahun 1980an hingga 1990an, PULAPEN juga turut melatih anggota di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Jabatan Imigresen.  Pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping juga pernah mengikuti latihan di sini.  Terdapat juga jemputan kepada pesyarah PULAPEN bagi memberi ceramah aspek keselamatan dan tatacara kawalan kepada anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan latihan ‘Light Strike Force”  kepada petugas Pusat Serenti.

PULAPEN sebenarnya sinonim dengan panggilan Stadium Sultan Yusuf.  Penduduk tempatan sendiri lebih mengenali dengan nama ini.  Ini adalah kerana wujudnya stadium yang pertama di Perak ialah di premis PULAPEN.  Lebih penting dari itu, stadium ini melambangkan kegemilangan Jabatan Penjara Malaysia dalam bidang sukan khususnya bolasepak dan olahraga.  Di sinilah lahirnya bintang-bintang bolasepak yang mengharumkan nama jabatan dan negara.  Dengan kepimpinan Allahyarham Tan Sri Dato’ Murad Ahmad dan jurulatih Allahyarham Jalil Che Din, lahirlah pemain daripada Jabatan Penjara yang mewakili Malaysia dalam acara berkenaan di sukan Olimpik Munich 1972.  Nama-nama seperti Yusuf Bakar, Syed Ahmad, Ali Bakar, Namat Abdullah, Hamzah Husin, V. Krishnasamy, Shaharuddin Abdullah, Salleh Ibrahim, Wan Zawawi dan lain-lainnya adalah tidak asing kepada negara.  Sementara dalam sukan olahraga, stadium ini jugalah yang melahirkan nama-nama seperti Shamsudin Jaafar, Ramli Ahmad, Soloman Ismanto, K. Thirumal, Thor Gim Sun, R.S Maniam, R. Chellapah, Peter Govind, Willian Yeoh, Richard Nathan, P.L.B.S Payadesa, Papu Ignatius, Othman P. Andu, Simit Kiah, Jaikol Gubal dan lain-lainnya.

Bagaimanapun kewujudan Stadium Sultan tidaklah mudah disangka.  Kalaulah tidak kerana semangat dan kepimpinan Allahyarham Tan Sri Dato’ Murad Ahmad serta kegigihan anggota yang bertugas ketika itu, pasti tidak akan wujud stadium ini.  Pembinaan stadium ini menggunakan “tenaga empat kerat” anggota-anggota penjara.  Tanpa modal dan penggunaan mesin, kerja-kerja pembinaannya hanya menggunakan peralatan secara ala kadar. Bermula dengan inisiatif Allahyarham Tan Sri Dato’ Murad anggota penjara dikerah untuk sama-sama membina padang dan pentas utama.  Betapa getirnya di bawah panas matahari dan tanpa mengira masa, anggota ketika itu dengan mengangkut tanah, bahan binaan dan membina bangunan yang kekal sehingga sekarang.

Memetik kata-kata Allahyarham Tan Sri …

“Terbinanya stadium ini ialah sebagai lambang perpaduan pegawai-pegawai penjara dan satu contoh yang baik bagi menunjukkan sesuatu pekerjaan itu boleh jadi tercapai dengan pertolongan diri. Tiap-tiap kakitangan penjara dan Pesuruh Jaya membawa kepada serendah-rendah pelatih dan Pegawai Kerani membawa serendah-rendah Pegawai (Office Boy) sekeliannya menyahut dan memperbesar-besarkan bukan sahaja dengan memberi tenaga mereka bahkan dengan wang ringgit jua.  Oleh kuat sangat desakan hati mereka pada hendak menjadikannya dengan seboleh-boleh, menyebabkan mereka-mereka bekerja dengan tidak menghiraukan masa atau pun cuaca.  Ini menunjukkan bahawa cita-cita mereka telah tercipta.  Saya berasa sangat megah dan berbesar hati dengan adanya pekerja-pekerja di bawah saya baik laki-laki mahupun perempuan-perempuan bersatu hati untuk mencapai kejayaan yang istimewa dan di waktu menjalankan kewajipannya mereka telah menunjukkan semangat dan mutu yang tinggi”

["Petikan Majalah  “Bapa Sukan Penjara Malaysia”]

Pembinaan stadium ini mendapat respon positif daripada berbagai agensi kerajaan sekitar Taiping. Antara jabatan yang memberi sumbangan besar ke atas pembinaanya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Taiping, Jabatan Ukur (Jabatan Sukat), Jabatan Hutan, Jabatan Pertanian dan Pejabat Kesihatan Taiping. Pembinaan stadium ini juga mendapat pengiktirafan daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai kata aluannya ……

“The enthusiats olf the Prison Service in Taiping have virtually raised a new sports centre from the scrap-heap.  There is no doubt that the new Taiping Stadium will prove to be of very great benefit to the sporting youth of Malaya, particularly in the north”.

Petikan Majalah

“Bapa Sukan Penjara Malaysia”

Stadium ini dirasmikan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah  pada Julai 1960. Turut hadir ialah YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman, pembesar-pembesar tempatan dan Allahyarham Tan Sri Murad Ahmad, Pesuruhjaya Penjara. PULAPEN semakin berkembang pesat. Kemudahan asrama dan pejabat pentadbiran diganti baru.  Dewan makan dan bilik-bilik kuliah lebih kondusif berbanding dengan dahulu. Telah ada sebuah makmal komputer dan perpustakaan serta dinaik taraf bahagian / unit tertentu. Paling membanggakan ialah terbinanya sebuah auditorium yang dikenali sebagai Auditorium Ilmu yang merupakan yang terbaik di Jabatan Penjara Malaysia, malah di Negeri Perak sendiri. 

INFO COVID-19

Info Covid KKM  mysejahtera   

Sistem Online

Muat Turun

Info Integriti

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian