Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2012

 19 Jun 2012, seramai 32 orang peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 2/2012 telah hadir untuk lapor diri di PULAPEN Taiping, Perak bagi mengikuti kursus yang di jalankan bermula 20 Jun 2012 hingga 3 Oktober 2012. Kursus yang akan berlansung selama 16 minggu turut memuatkan beberapa modul latihan yang telah di rancang seperti Modul Akademik, Modul Latihan Luar, Modul Sahsiah / Moral, Kaunseling serta Modul Bahasa Inggeris dan beberapa modul yang lain.

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek pengurusan keselamatan penjara, Pengurusan Banduan, dan perlaksanaan program pemulihan dan layanan ke atas banduan di dalam Jabatan Penjara Malaysia. Di samping itu, mereka juga dibentuk untuk mempunyai tahap disiplin dan etika kerja yang tinggi dan kukuh di samping peka dan komited dengan aspek keselamatan penjara dan koreksional dan mampu mewujudkan perhubungan yang baik dengan penghuni yang di tahan selaras dengan peraturan dan perundangan yang berkuatkuasa.