Etika

Sesuai dengan teras utama latihan iaitu bagi memberi kemahiran (skill), pengetahuan (knowledge) dan mengubah sikap (attitude), maka kod etika bukanlah sesuatu yang hanya bersifat retorik semata-mata.  Ianya adalah hakikat bahawa sesaorang jurulatih harus mempunyai ciri-ciri dalaman dan luaran yang mencerminkan bahawa mereka adalah jurulatih yang mempunyai kualiti, nilai dan etika yang unggul, diantara ciri yang dinyatakan adalah seperti dibawah.