PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA SIRI 1/2015

27 Mei 2015 (Rabu)– Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) siri 1/2015 melibatkan seramai 282 orang pelatih dari seluruh institusi penjara telah dirasmikan  oleh YBHG TKJP Dato’ Hj Hassan Bin Hj Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Dan Koreksional).

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Y.Setia KPJ Jamaluddin Bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, IPPM, TKPJ Hj Nordin Bin Hj Muhammad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, IPPM, pengarah-pengarah institusi, pengarah-pengarah parol negeri, komandan pusat latihan negeri dan ketua-ketua agensi di bawah kementerian dalam negeri daerah taiping.

Majlis telah dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu lintas hormat dalam formasi perlahan dan cepat jalan dan seterusnya pemakaian pangkat dan penyampaian anugerah kecemerlangan latihan, persembahan pancaragam oleh penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan di akhiri dengan persembahan unit K9, Jabatan Penjara Malaysia.

PELATIH TERBAIK KURSUS SIJIL ASAS PENGURUSAN PENJARA (KSAPP) SIRI 1/2015

Pelatih Terbaik Keseluruhan :

WP 22060 Muhammad Taufik Bin Ismail

Penjara Sungai Udang

 

Pelatih Terbaik Akademik :

WP 21931 Fatin Shazwanie Binti Idris

Penjara Wanita Kajang

 

Pelatih Terbaik Menembak:

WP 22139 Mohd Khairi Bin Ismail

Penjara Kluang

 

Pelatih Terbaik Latihan Luar :

WP 22187 Md Nuzul Azmi Bin Ahyat

Penjara Bentong