Perhimpunan Setia Bulan Julai 2013

1 Julai 2013 - Bertempat di Dataran Wisma PULAPEN Perak telah diadakan Perhimpunan Setia Bulan Julai. Aturcara bermula pada jam 7.45 pagi dengan ketibaan PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak, diiringi TPP Ismawi Bin Ismail, Timbalan Komandan. Perhimpunan setia kali ini melibatkan semua pegawai kanan dan jurulatih, kakitangan awam serta peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2013. Aturcara di teruskan dengan pemeriksaan barisan selepas selesai bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia. Turut di selitkan dalam aturcara adalah pemakaian pangkat kepada PPP Zailan Shah Bin Hassan yang dinaikkan pangkat dari Ketua Inspektor Penjara ke Penolong Penguasa Penjara. Seterusnya majlis di teruskan dengan bacaan ikrar yang di ketuai oleh KIP Abdul Manaf Bin Abdul Malik dan ucapan dari PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak.