Kursus Pengurusan Ubat-Ubatan

20 Jun 2013 - Bertempat di Bilik Dato' Sagor, telah diadakan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Ubat-ubatan yang telah di hadiri oleh MA Gred U29 / Kakitangan beruniform yang bertugas di klinik dalam institusi masing-masing. Penyampaian sijil telah di sempurnakan oleh TPP Ismawi Bin Ismail, Timbalan Komandan Pengurusan PULAPEN Perak. Kursus yang bermula pada 19 Jun 2013 ini diadakan untuk mencapai objektif dalam memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai penyimpanan ubat-ubatan di penjara, di samping memperkukuhkan  pengetahuan dan kefahaman mengenai pengurusan stor penyimpanan selain dari memberi keyakinan kepada penolong pegawai perubatan untuk menguruskan ubat-ubatan dengan lebih berkesan dan sistematik.