Kursus Pengurusan Sumber Hidup / Kursus SMPP - Zon Utara

17 Mei 2013 - Majlis Penyampaian sijil kepada peserta Kursus Pengurusan Sumber Hidup dan Kursus Pengurusan Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah telah di sempurnakan oleh TPP Ismawi Ismail, Timbalan Komandan Pengurusan PULAPEN Perak. Kursus yang di jalankan bermula pada 14 Mei 2013 ini telah di hadiri oleh kakitangan beruniform Gred KX 20 hingga KX 17. Antara objektif kursus ini di jalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara mengendalikan sumber hidup, di samping meningkatkan pemahaman peserta tentang elemen penting di dalam kerja-kerja risikan dan melahirkan kakitangan yang cekap dalam membuat laporan penyuluhan dan menamatkan sumber hidup. Kursus SMPP pula bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi SMPP bagi meninghkatkan pemahaman kepada peserta mempelajari tatacara penggunaan beberapa modul dalam SMPP.