-
Written by Admin
-

13 Mei 2013 - Seramai 80 peserta Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2013 telah hadir lapor diri di institusi ini bagi menjalani latihan yang akan di jalankan selama 15 minggu. Sepanjang kursus ini dijalankan, beberapa modul akan di laksanakan di samping latihan amali yang di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap situasi sebenar persekitaran kerja yang bakal mereka tempuhi selesai berkursus nanti. Selesai sesi pendaftaran, satu sesi taklimat telah di sampaikan oleh SM Mohd Ayob Bin Barkatullah di Auditorium Ilmu yang merangkumi hal-hal disiplin, peraturan PULAPEN Perak, serta beberapa perkara yang berkaitan dengan waktu latihan.

