Lawatan Kebajikan dan Silatulrahim

18 April 2013 - Satu lawatan kebajikan telah di atur ke rumah Balu Allahyarham Ustaz Ansar Bin Salim , pesara PULAPEN Perak, di Taman Saujana, Assam Kumbang. Lawatan tersebut turut di sertai oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak, Timbalan Komandan ( Pengurusan dan latihan ), Pegawai serta kakitangan PULAPEN Perak. Lawatan tersebut di mulakan dengan bacaan tahlil oleh kakitangan PULAPEN Perak, dan kemudiannya sumbangan yang di sampaikan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak dan Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN. Ahli PERSIAP sempat berbual mesra sebelum pulang.