Kursus Kefahaman dan Kepatuhan PTKJP / Kursus Tugas Kawalan di Blok, Menangani Kejadian Liwat, Pergaduhan, Gantung Diri Dan Serangan Ke Atas Anggota / Kursus Pemurnian Data Perjawatan, Pengisian Perkhidmatan Dan HRMIS

5 April 2013 - Bertempat di Auditorium Ilmu PULAPEN Perak telah di adakan Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta kursus yang telah menamatkan kursus yang bermula pada 1 April 2013 yang lalu. Majlis Penyampaian Sijil telah di sempurnakan oleh TPP Ismawi Bin Ismail, Timbalan Komandan ( Latihan ) PULAPEN Perak. Kursus yang di adakan selama 4 hari ini telah di hadiri oleh kakitangan beruniform Gred KX 20 dan KX 17 serta kakitangan awam unit perkhidmatan.