-
Written by Admin
-

29 Mac 2013 - Bermula dari 18 Mac 2013 telah diadakan Kursus Kawalan dan Pencegahan ( UKP ) - Lantikan Baru bagi kakitangan beruniform Gred KX 17. Kursus yang di jalankan selama hampir 2 minggu ini mengetengahkan objektif untuk memantapkan disiplin dan kerja berkumpulan anggota UKP, disamping memberi pendedahan kepada anggota unit berhubung pengoperasian kawalan dan pencegahan serta meningkatkan pengetahuan dalam skop keselamatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berkaitan ancaman terhadap ketenteraman dan mengenal pasti keperluan serta kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai anggota UKP.








