Kursus Kesihatan Am Bagi Kakitangan Sokongan Medical Orderly Tahap 1 dan 2

29 Mac 2013 - Majlis Penyampaian sijil telah diadakan di Auditorium Ilmu PULAPEN Taiping Perak dan di sempurnakan oleh TPP Ismawi Bin Ismail. Kursus yang di jalankan selama 5 hari bermula 24 Mac 2013 telah di hadiri oleh kakitangan beruniform KX 20 DAN kx 17. Kursus ini di jalankan kepada semua Medical Orderly yang terlibat secara lansung, atau bakal terlibat dalam memberi rawatan asas kepada penghuni di klinik penjara seperti tatacraa pengagihan ubat-ubatan, tatacara dressing dan sebagainya, di samping memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pengurusan klinik.