Tazkirah dan Solat Hajat untuk Perwira Negara di Lahad Datu

15 Mac 2013 - Jumaat bersamaan 2 Jamadilawal 1434H, sessi tazkirah oleh Penceramah Jemputan iaitu Al-Fadhil Ustazf Azhar Bin Ahmad, Pegawai Pentadbir Agama, Majlis Agama Islam Taiping Perak, telah diadakan di Bilik Dato' Sagor dengan tajuk " Perjuangan di zaman Rasulullah S.A.W" dan di hadiri oleh kakitangan beruniform serta kakitangan awam institusi ini.

Selesai sessi tazkirah, semua kakitangan ke Surau Al-Ulumiah untuk sama-sama melakukan Solat Sunat Hajat yang di imamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Ahmad untuk mendoakan keselamatan Pejuang Negara di Lahad Datu, serta keamanan dan ketenteraman negara. Doa semua sentiasa mengiringi mereka yang sanggup berkorban untuk tanah air tercinta.