Kursus Pengelolaan Majlis Dan Protokol

8 Mac 2013 - Bertempat di PULAPEN Perak telah diadakan Kursus Pengelolaan Majlis dan Protokol yang di hadiri oleh kakitangan beruniform Gred KX 20 dan KX 17  dari institusi penjara yang terlibat. Objektif kursus ini di adakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan protokol serta memberi kemahiran kepada kakitangan beruniform mengenai tugas-tugas sebagai pegawai protokol di samping membudayakan etika pegawai protokol institusi yang berpengetahuan dan berkeyakinan dalam mengendalikan majlis rasmi. PKP Rohana Binti Abdullah dari Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah di jemput untuk memberi input kursus kepada peserta yang terlibat. Peserta di nilai dengan latihan amali Jamuan makan tengahari untuk penceramah dan penyelaras kursus. Di akhir kursus, kesemua peserta diberi tanggungjawab untuk mengelolakan pengurusan majlis penyampaian sijil kursus yang terlibat pada minggu tersebut.