Kursus Pengendalian dan Teknikal Senjatapi dan langkah-langkah keselamatan

22 Februari 2013 - Seramai 29 orang kakitangan beruniform Gred 20 dan Gred 17 telah menghadiri Kursus Pengendalian dan Teknikal Senjatapi Siri 1/2013 yang bermula pada 19 Februari 2013. Input kursus yang di sampaikan merangkumi PTKJP Bil. E 111, cara-cara pengendalian serta mengenali komponen dan bahagian senjata serta membuka dan memasang. Amali pengendalian senjata diadakan di lapang sasar dan turut di hadiri oleh PP Shariff Masri, Komandan PULAPEN. Majlis Penyampaian Sijil telah di sempurnakan oleh TPP Ismawi Ismail, Timbalan Komandan PULAPEN Perak.