Pegawai dan Jurulatih di Program My Beautiful Malaysia

3 Disember 2013 - Program My Beautiful Malaysia  merupakan salah sebuah program Transformasi sosial yang juga sebagai pelengkap agenda transformasi negara telah diadakan Taman Tasik Taiping  telah di hadiri oleh Komandan, Pegawai Kanan serta beberapa orang jurulatih institusi ini. Program yang dijalankan serentak di 390 lokasi di seluruh negeri itu dilancarkan sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan saranan kerajaan untuk menyasarkan penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik, sebelum diagihkan kepada beberapa kawasan untuk menjalanan aktiviti gotong royong.