-
Written by Admin
-

7 Januari 2013 - Perhimpunan Setia Bulan Januari telah diadakan pada jam 7.45 pagi di perkarangan Wisma PULAPEN dengan kakitangan mengambil tempat di ikuti ketibaan Komandan pada jam 8.00 pagi. Majlis di teruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia seterusnya pemeriksaan barisan oleh PP Shariff Bin Masri Komandan PULAPEN Perak. Dalam majlis tersebut turut diselitkan dengan aturcara pemakaian pangkat kepada 3 orang kakitangan berpangkat Sarjan yang telah hadir lapor diri bertugas di institusi pada 2 Januari 2013 yang lalu. Seterusnya majlis di teruskan dengan membaca perutusan sempena tahun baru dari Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang di sempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri.


