-
Written by Admin
-

8 Disember 2012 - Bertempat di Chalet Impian Teluk Batik, Lumut telah diadakan Kursus Pembangunan Latihan untuk pegawai dan jurulatih PULAPEN Perak. Berkampung di Teluk Batik selama 2 hari 1 malam yang turut dihadiri oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak, mendukung objektif untuk meningkatkan kesedaran kepada kakitangan tentang pentingnya pembangunan hubungan AKRAB sesama rakan sekerja, di samping mendedahkan teknik untuk mengatasi stress dan ' memprogram ' semula minda, mengubah sikap, kepercayaan dan karakter serta mewujudkn sikap kerjasama di kalangan dan semangat kerja berpasukan dalam organisasi.




