Perlawanan Persahabatan Bola Sepak PULAPEN Perak dan JPJ Taiping

22 Oktober 2012 bertempat di Padang Stadium Sultan Yusuf PULAPEN Perak telah di adakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara kakitangan PULAPEN Perak dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Taiping.

Perlawanan yang bermula pada jam 5 petang membariskan pemain-pemain utama PULAPEN Perak  yang terdiri dari kakitangan beruniform serta kakitangan awam institusi ini yang benar-benar memberikan saingan hebat pada petang tersebut. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3 - 3 dan acara sebegini wajar di teruskan di masa akan datang untuk mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan di negeri ini.