Program Gaya Hidup Sihat

 23 Oktober 2012 – Program Gaya Hidup Sihat peringkat institusi telah diadakan di  Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Taiping dan bermula seawal jam 7.15 pagi bertemakan “ SAYANGI ANUGERAH TUHAN”. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang telah dikelolakan oleh SJN Zuhairi b. Mohd Razalli yang diadakan di Padang Kawad PULAPEN. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan seramai 40 orang dan diserikan dengan kehadiran PP Shariff b. Masri, Komadan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping, TPP Nordin b, Hj Jusoh, Timbalan Komandan Pengurusan dan TPP Ismawi b. Ismail, Timbalan Komandan Latihan serta pegawai kanan. Sesi senamrobik ini berlangsung selama 45 minit dan seterusnya minum pagi. Aturcara di teruskan dengan sesi ceramah bertajuk "STRESS DAN CARA MENANGANI DALAM ORGANISASI" yang telah disampaikan oleh Dr. Norsihimah bt. Wahid dari Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang & Selama, Perak, turut di selitkan dalam Ceramah Kesihatan ialah pemeriksaan kesihatan menggunakan Thermo Stress Card ( Alat Mengukur Stress ) bagi mengukur tahap stress kakitangan. Selain itu edaran Borang DASS 21 juga dijalankan ke atas kakitangan bagi mengenalpasti daya tindak dan personaliti seseorang. Ceramah yang diadakan selama 2 jam  berakhir pada jam 11.00 pagi dan kakitangan turut berpeluang untuk melihat pameran kesihatan di ruang legar Dato’ Sagor berkaitan HIV dan Kesan Terhadap Merokok sebelum semua yang terlibat menikmati jamuan makan tengahari.