Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012 PULAPEN Johor dan Perlis

 5 Ogos 2012 – Telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012 yang melibatkan seramai 177 orang peserta kursus. Pegawai tabik hormat pada majlis tersebut adalah Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir adalah Y.Bhg KPj Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan TKPj Nordin Bin Hj Mohamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme , Pengarah-pengarah bahagian Jabatan Penjara Malaysia, Komandan Maktab Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi, dan Pengarah Parol Zon Utara.

 Majlis di mulakan dengan penyerahan perbarisan oleh SM Mohamad Kusazman Bin Mohamed Yusof kepada Pegawai Pemerintah Perbarisan KIP Badruddin Bin Hj Abu Bakar. Aturcara di teruskan dengan Perbarisan Berjalan lalu lintas hormat dalam formasi dan perlahan dan cepat jalan. Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Latihan telah disampaikan kepada pelatih-pelatih terbaik kedua-dua institusi.

 PULAPEN Perlis

Pelatih Terbaik Keseluruhan       :               WP 20904 Mohamad Firdaus Bin Husin

Pelatih Terbaik Akademik          :               WP 20888 Shahabdillah Bin Mohamed

Pelatih Terbaik Menembak        :               WP 20925 Mohd Rozaimi Bin Romli

Pelatih Terbaik Latihan Luar      :               WP 20862 Alias Bin Baharudin

 PULAPEN Johor

Pelatih Terbaik Keseluruhan       :               WP 20949 Mahadir Bin Karamullah

Pelatih Terbaik Akademik          :               WP 20827 Ahmad Zulkifli Bin Ibrahim

Pelatih Terbaik Menembak        :               WP 20820 Abdul Hanan Bin Saleh

Pelatih Terbaik Latihan Luar      :               WP 20810 Raymond Bin Ngoai

 Selesai acara padang, majlis di teruskan dengan Sessi bergambar. Peserta KSAPP Siri 1/2012 PULAPEN Johor dan Perlis kemudiannya ke Auditorium Ilmu untuk sesi Amanat bersama Ketua Pengarah Penjara Malaysia sebelum di teruskan dengan Majlis Penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh TKPj Nordin Bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme.