Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012

2 April 2012 - Seramai 289 peserta dari seluruh Malaysia telah hadir melapor diri di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping, Perak untuk mengikuti Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012. Mereka telah di bahagikan kepada beberapa asrama untuk membentuk platun latihan di bawah seliaan pegawai serta jurulatih yang telah di lantik. Taklimat tentang perjalanan kursus serta peraturan kursus telah disampaikan oleh Ketua Sekolah Kemahiran Teknikal Bina Insan dan pembinaan disiplin serta pembentukan jati diri telah di sampaikan oleh Sarjan Mejar Mohd Ayob Bin Barkatullah.