Kursus Kawalan dan Pencegahan ( Lantikan Baru ) Siri 1/2012

Taiping - 9 Mac 2012,telah diadakan Majlis Perasmian penutupan Kursus Kawalan dan Pencegahan Lantikan Baru siri 1/2012 yang di hadiri seramai 47 orang peserta dari seluruh institusi penjara.

Kesemua peserta kursus telah menunjukkan minat serta membuat persembahan penutupan kawat asas yang melibatkan kedudukan penuh seksyen, tembakan gas pemedih mata kepada perusuh, serangan bom asap, serta kawat tambahan yang melibatkan formasi penuh seksyen kepada setengah seksyen, formasi penuh seksyen kepada aturan kotak, penuh seksyen kepada 1/3 unit, penuh seksyen kepada haluan kiri dan kanan serta formasi penuh seksyen kepada formasi dari tengah berjarak gerak. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak. Sebelum bersurai, semua peserta kursus telah bergambar kenangan di hadapan pentas hormat.