Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

Pautan

Jabatan Penjara Malaysia Maktab Penjara Malaysia Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Institut Koreksional Malaysia Melaka  Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia

MS ISO 9001 : 2015

Pelawat

0002581432
Today
This Week
This Month
Last Month
All days
436
3483
14124
70803
2581432

Forecast Today
480

9.75%
18.65%
0.85%
2.61%
0.10%
68.04%
Online (10 minutes ago):11
11 guests
no members

Your IP:127.0.0.1

CERAMAH INTEGRITI KEPADA KAKITANGAN PULAPEN PERAK

  • Written by AdminPLPP

22 Julai 2022 - Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai isu melibatkan kebertanggungjawaban dan integriti, terutamanya dalam kalangan penjawat awam.

Isu penyalahgunaan kuasa, pembaziran, pecah amanah, rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dana awam walaupun dilakukan oleh segelintir penjawat awam, tempiasnya tetap terkena keseluruhan sektor kerajaan. Justeru itu, institusi ini telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan tahap integriti di kalangan kakitangan dengan mengadakan satu ceramah integriti.

Ceramah tersebut telah diadakan pada 22 Julai 2022 dan disampaikan oleh Zamri Bin Hj. Darus, Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ceramah tersebut diadakan di Auditorium Ilmu, Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PLPP) Taiping. Ceramah yang bermula jam 9.00 pagi telah dihadiri oleh kakitangan PLPP yang terdiri dari kakitangan beruniform dan awam.

Di dalam ceramah tersebut, En. Zamri telah menekankan beberapa aspek penting dalam integriti penjawat awam. Antara perkara yang disetuh dalam ceramah tersebut ialah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Beliau juga menekankan aspek akauntibiliti dikalangan penjawat awam yang mana sebagai penjawat awam perlu menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang sama ada berjaya atau gagal.

Integriti dalam perkhidmatan perlu diperlihatkan oleh penjawat awam melalui perlaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka demi kepentingan umum. Sekiranya perbuatan tidak beretika dan tidak berintegriti dibiarkan berterusan tanpa usaha menanganinya maka ia berupaya menghilangkan kepercayaan masyarakat dan menjejaskan imej pekerja, negara serta melumpuhkan entiti korporat yang kukuh. Maka dapat difahami bahawa etika dan integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting untuk dipupuk demi melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dan maju. Diharapkan melalui ceramah yang diadakan ini dapat membuka minda kakitangan institusi ini berkaitan integriti.

 

INFO COVID-19

Info Covid KKM  mysejahtera   

Intranet

Sistem Online

Muat Turun

Info Integriti

Alamat Kami

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, 
Jalan Muzafar Shah, 34000,
Taiping, Perak 
Tel: 05 8050020, 05 8082182
Fax : 05 8064909
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Carian