PERSIAP Berkampung di Teluk Batik

8 Disember 2012 - Biro Lawatan PERSIAP PULAPEN telah menyusun aktiviti 2 hari 1 malam PERSIAP PULAPEN ke Chalet Impian Teluk Batik , Lumut. Penyertaan hampir 45 orang ahli serta anak-anak memeriahkan lagi suasana perkampungan tersebut. Pelbagai aktiviti di susun seperti sukaneka kanak-kanak, anak dan ibu, menaiki Banana Boat, dan sebagainya di samping bermandi-manda di pantai dan mendapat jasa baik dari jurulatih serta para bapa yang bertindak sebagai "Pengawal Pantai " untuk memastikan keselamatan dan mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Penyampaian saguhati kepada semua yang hadir telah di sempurnakan oleh Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN Perak.