-
Written by Admin
-

6 Disember 2012 - Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434 H, Kakitangan PULAPEN Perak bersama PERSIAP telah mengadakan Program memasak Bubur Asyura di perkarangan Mayang Sari rumah PERSIAP PULAPEN. Program bermula pada jam 8.30 pagi itu turut di sertai oleh PP Shariff Bin Masri, Komandan PULAPEN Perak dan Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan kakitangan beruniform dan awam bersama ahli PERSIAP yang lain, di samping mewujudkan kerjasama berpasukan dalam mengimarahkan lagi Sambutan Maal Hijrah 1434 H dan akan diadakan pada setiap tahun kerana program ini dapat mewujudkan perpaduan serta permuafakatan di kalangan kakitangan dan PERSIAP.



