Sehari ke Cameron Highland

Biro Lawatan, PERSIAP PULAPEN Perak telah mengadakan aktiviti lawatan ke Cameron Highland pada 13 Okt. 2012 yang telah di sertai seramai 40 orang ahli termasuk kanak-kanak. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan ahli sambil mengajak ahli-ahli yang lain untuk turut serta dalam aktiviti yang di jalankan oleh Biro lawatan. Walaupun cuaca tidak mengizinkan, ahli rombongan sempat melawat beberapa tempat yang menarik  seperti Ladang Mardi yang menempatkan tanaman bunga, buah-buahan dan sayuran, ladang teh serta rombongan juga berpeluang untuk melihat proses menyediakan teh di samping menikmati kesegaran daun teh dari ladang dan beberapa lagi tempat lain.