Pertandingan Bowling PERSIAP PULAPEN

Bertempat di The Winner Bowl, Taiping, PERSIAP PULAPEN telah menganjurkan Pertandingan Bowling Piala Pengerusi. Pertandingan yang bermula pada jam 8.30 malam itu memperlihatkan pelbagai aksi dan kehebatan ahlinya.

Penyertaan pada kali ini melibatkan hampir 40 orang penyertaan untuk 2 kategori termasuk kanak-kanak. Kategori yang di pertandingkan adalah Bowling Individu wanita dan kanak-kanak. Tujuan pertandingan ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan ahli yang jarang dapat berkumpul bersama dalam satu majlis terutama bagi ahli yang bekerja. Johan kategori wanita menerima Piala Pusingan dan hadiah iringan, manakala kategori kanak-kanak menerima hadiah iringan. Pemenang pertandingan ini adalah sepeti berikut :

 

 

Kategori Wanita

Johan : Pn. Noor Sharmila Osman

Naib Johan : Pn. Noraini

Ketiga : Cik Hasnita Ahmad

 

Kategori Kanak-Kanak

Johan : Muhammad Anas Husaini Abd. Manaf

Naib Johan : Muhamad Amirul Naim Ismail

Ketiga : Nuadia Nur Hasanah Zuhairi

 

Pertandingan berakhir pada jam 11.00 malam.