Mesyuarat Agung PERSIAP PULAPEN kali ke-23

Taiping – 7 Mac 2012 telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping, Perak kali ke-23.  Majlis bermula pada jam 2.45 petang dengan ketibaan Penasihat PERSIAP PULAPEN, PP Shariff Bin Masri, dan  majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Yusof Bin Abdul Razak . Aturcara di teruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PERSIAP PULAPEN Pn. Hasliza Binti Mayan sebelum ucapan perasmian Mesyuarat Agung di sampaikan oleh PP Shariff Bin Masri. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung di akhiri dengan menikmati jamuan ringan yang di sediakan.

 

Pada Jam 4.00 petang, Mesyuarat Agung PERSIAP PULAPEN bermula dengan dipengerusikan oleh Pn. Hasliza Binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN. Turut diselitkan  penyampaian cenderahati kepada AJK PERSIAP PULAPEN 2010-2011 serta sedikit saguhati kepada ahli yang memberi komitmen dalam meningkatkan pendapatan tabung PERSIAP. Lantikan AJK baru turut diadakan setelah pembubaran AJK yang telah di lantik pada Mesyuarat Agung yang lepas di umumkan oleh Pengerusi PERSIAP PULAPEN.

Sebelum bersurai, telah diadakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang hadir dalam memberi galakan serta penghargaan di atas penglibatan serta komitmen yang di beri dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah di anjurkan oleh institusi.